Karnival Hoki SM/SR Daerah Timur Laut akan dijalankan pada Oktober 2009 di Stadium Hoki USM

Monday, August 10, 2009

Gambar Kejohanan Hoki MSSM di Ipoh, Perak pada Mei 2009 yang lalu
















Syabas dan tahniah kepada pasukan hoki lelaki dan perempuan 12 dan 18 TKB MSSPP. Prestasi pada tahun ini amat memberansangkan. Komitmen jurulatih, pengurus dan pegawai kontinjen harus diberi pujian dan dijadikan contoh kepada semua yang ingin terlibat di dalam arena sukan.












Daripada : Ketua Kontinjen Hoki MSSPP 2009






(Pegawai Sukan PPDTL)

Gambar Program Bola Sepak Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Timur Laut
















Program Pembangunan Bola Sepak Sekolah Menengah dan Rendah telah dijalankan pada 1 Ogos 2009 di SMK. Penang Free. Malangnya cuaca pada hari tersebut kurang baik. Hujan telah turun sejak awal pagi lagi. Tapi ini tidak mematahkan semangat Jawatan Kuasa Pembangunan Sukan Bola Sepak Daerah Timur Laut. Para peserta dan guru juga turut sama bertungkus-lumus membantu pihak urusetia di dalam menjayakan program ini. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada Pengetua SMK. Penang Free dan guru-gurunya yang turut sama membantu menjayakan program pada kali ini.





Keputusannya adalah seperti berikut ;


MSSPP Zon Kelawai : 11 TKB (SK. St.Xavier Cawangan), 14 TKB (SMK. Westlands) & 16 TKB (SMK. Westlands)
MSSPP Zon Air Itam : 11 TKB (SK. Padang Tembak), 14 TKB (SMK. Lelaki Methodist) & 16 TKB (SM. Teknik Batu Lanchang)
MSSPP Zon Jelutong : 11 TKB (SK. Francis Light), 14 TKB (SMK. Penang Free) & 16 TKB (SMK. Datuk Haji Mohd Nor Ahmad)

Program Pembangunan Sukan PPDTL 2009

Baru-baru ini telah dijalankan program pembangunan sukan sekolah-sekolah rendah dan menengah Daerah Timur Laut bermula dari Bulan April hingga Ogos 2009 untuk sesi pertama tahun ini. Jumlah penyertaan telah menunjukkan peningkatan.
Syabas kepada Jawatan Kuasa Pembangunan Sukan Daerah Timur Laut yang telah bertungkus-lumus bersama-sama merancang, memantau dan mengurus program-program ini. Ucapan tahniah juga kepada jurulatih-jurulatih dan guru-guru yang terlibat di dalam menjayakan program-program ini. Teruskan usaha anda. Komitmen, dedikasi dan ketrampilan anda telah menampakkan hasil yang memberansangkan.

Daripada Meja Pegawai Sukan, PPDTL.

Wednesday, September 17, 2008